Inilah Lapangan Terbang Terbaik Kedua Dunia

Terbit: 3 September 2014 | 04:24 WIB

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik bagi kategori mengendalikan 40 hingga 50 juta penumpang pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Sky Trax 2014.

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad, keputusan itu diumumkan pada 26 Mac lalu di Ekspo Terminal Penumpang, Barcelona, Sepanyol.

Anugerah Lapangan Terbang berdasarkan pencalonan 12.85 juta orang penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Tinjauan dijalankan dengan menilai tahap kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli belah sehinggalah pelepasan.

(yahoo-Screen)
Tambah Tan Sri Bashir dengan KLIA2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi. MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan baik serta berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia.

administrator

www.maduraexpose.com | Mengawal Kepastian Hukum

Related Posts

JCH Pamekasan Kantongi Visa, Siap Terbang ke Tanah Suci Mei Mendatang

Terbit: 21 April 2026 | 23:56 WIB Pamekasan (MaduraExpose.com) – Kabar menggembirakan bagi ribuan Jemaah Calon Haji (JCH) asal Kabupaten Pamekasan. Sebanyak 1.384 jemaah dipastikan telah melengkapi seluruh persyaratan administratif,…

Arjuna di Cikeas dan Restu dari Majapahit

Terbit: 31 Maret 2026 | 01:00 WIB JAKARTA — Sebuah penantian panjang di kediaman Cikeas akhirnya bermuara pada syukur yang mendalam. Minggu malam (29/3/2026), tepat pukul 19.28 WIB, keluarga besar…

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *