PRESIDEN Colombia, Juan Manuel Santos menerima Hadiah Nobel Keamanan di Oslo, Norway, hari ini. - Foto AFP.

OSLO: Kejayaan menamatkan perang saudara 52 tahun menerusi perjanjian damai dengan pemberontak Marxist (FARC) memberi harapan menyelesaikan konflik dari Syria ke Sudan Selatan, kata Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, ketika menerima Hadiah Nobel Keamanan, di ibu negara Norway, hari ini.

MADURA EXPOSE, MENGAWAL KEPASTIAN HUKUM

Dalam ucapan penerimaan itu, beliau memetik lagu antiperang penyanyi dan penulis lirik, Bob Dylan sambil berkata, Colombia mencontohi proses keamanan di Afrika Selatan dan Ireland Utara. Santos menerima anugerah itu bersama satu pingat emas, diploma dan cek bernilai AS$870,000 (RM3.85 juta) di sebuah majlis di dewan bandar raya di Oslo, yang turut dihadiri Raja Harald V.

Beliau berjanji akan mendermakan hadiah wang kemenangan itu kepada mangsa perang di negaranya. “Saya mahu memberitahu anda semua, kita akan melihat satu peperangan akan kurang di dunia ini dan perang itu adalah di Colombia,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin, termasuk keluarga mangsa perang yang meragut 220,000 nyawa sejak 1965.

Menurutnya, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati ia membabitkan 34 perjanjian damai paling komprehensif pernah dimeterai dalam tempoh tiga dekad. – REUTERS#bharian